Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 17, 2010

14 Perkara Mengenai Lelaki

Dalam  berkawan  atau persahabatan ,segelintir daripada kita berpendapat bahawa bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah bersahabat atau berteman dengan golongan hawa.Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur,lebih ringkas dalam persahabatan atau lebih berterus- terang dan tidak menyimpan perasaan kepada sesuatu pekara.tetapi,dalam soal cinta dan perhubungan serius yang mengikut soal hati bagaimana?   Bagaimana caranya? Fahami 14 paparan kerenah lelaki supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara asas dalam usaha mengenali mereka.

Lelaki Kini

Bersih,sihat dan berpenampilan adalah hak setiap orang.Sesiapa sahaja berhak memiliki ketiga-tiga kriteria penting ini tanpa mengira usia mahupun jantina.sejak 10 tahun kebelakangan ini kaum lelaki kelihatan lebih agresif dan serius menjaga keterampilan dirinya setanding dengan kaum perempuan.Kaum Adam hari ini sudah mula menyesuaikan diri dalam dunia kecantikan.Baik menjaga kebersihan tubuh ,mementingkan faktor pemilihan pakaian,mahupun selalu berusaha untuk memperbaiki penampilan mereka seiring dengan peredaran zaman.Malah, pelbagai produk kecantikan sudah mula dicipta khusus untuk memenuhi keperluan kaum lelaki.Persoalannya.perlukah semua ini berlaku dan wajarkah kaum lelaki menghadkan minat mereka terhadap dunia kecantikan? tambahan pula bila ramai yang mula memandang serong terhadap ketulinan sifat seseorang lelaki itu apabila terlalu menitik beratkan soal kecantikan ini.untuk mengtahui jawapannya teruskan pembacaan kamu terhadap pendedahan ini.