Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 6, 2012

FPI Halang Lady Gaga jejak kaki di Indonesia.

JAKARTA, Indonesia-Sebuah Kumpulan Islam semalam memberi amaran tidak akan membenarkan bintang pop, Lady Gaga menjejak kakinya ke Indonesia. Amaran tersebut dikeluarkan ketika ribuan peminat penyanyi lagu Poker Face itu menanti kehadirannya di Indonesia, negara dengan populasi orang Islam paling ramai di dunia. Kumpulan berkenaan, Barisan Pertahanan Islam (FPI) berikrar akan mengerahkan 30,000 orang anggotanya bagi membantah Konsert Lady Gaga dan menyekat penyanyi berkenaan sebaik dia di lapangan terbang. "Kami akan menghalang penyanyi ini daripada memijak tanah air kami," kata pengerusi FPI, Salim Alatas."Jangan cuba sebarkan kepercayaan syaitan di negara ini,"tambahnya. Namun, ramai peminat Lady Gaga tidak bersetuju dengan pendapat FPI itu."Kami meminati Lady Gaga kerana dia seorang pemuzik yang menggunakan popularitinya untuk berbuat baik seperti mewujudkan yayasan bagi melindungi kanak-kanak mangsa buli," jelas satu komen di laman Facebook Lady Gaga In...

Nurul Tak Menjemput Ajai Di Hari Bahagianya.

PENYANYI dan pelakon, Nurul Huda Abd. Wahab tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh buat kali kedua pada usia 36 tahun dengan seorang duda tanpa anak berasal dari Perancis, Eric Depp,47. Nurul pernah kecewa apabila rumah tangganya bersama komposer dan penyanyi Ajai runtuh pada tahun 2007, malah percintaannya selepas itu hanya melukakan hati wanitanya.Nurul yang akan bernikah pada 6 Jun di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur masih merahsiakan wajah bakal suaminya yang bekerja sebagai perunding dan jurulatih kesihatan sebuah syarikat nutrisi antarabangsa itu.Nurul yang sedang menghitung hari bahagianya secara jujur memberitahu,dia tidak akan menjemput bekas suaminya, Ajai ke majlis pernikahannya. kata Nurul,apa yang telah berlaku biarlah berlalu dan tidak mahu dikenang kembali."Saya tidak jemput Ajai. Saya juga tidak beritahu dia langsung tentang berita pernikahan ini. Ketika dia berkahwin dahulu pun dia tidak menjemput saya. Bukan soal dendam kerana sudah tiada dendam antar...

Obama sokong perkahwinan sejenis.

WASHINGTON-Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengistiharkan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dalam keputusan yang bakal menjadikan isu sosial itu antara ajenda utama kempen pilihan raya president kali ini.Obama yang pernah menentang perkahwinan gay dan lesbian menyatakan pandangan beliau berhubung isu berkenaan telah berubah.Dalam wawancara bersama stesen televisyen ABC, Obama memberitahu, beliau keberatan menyatakan pendirian berhubung perkahwinan sejenis sebelum ini kerana berpendapat bahawa ikatan sivil untuk hubungan luar tabii tersebut sudah memadai."Saya sedar ramai orang mengaitkan perkahwinan dengan tradisi dan agama,"kata Obama."Kini, adalah penting bagi saya untuk menyatakan secara peribadi bahawa pasangan sejenis juga patut dibenarkan berkahwin,"tambahnya.Pengumuman Obama disambut baik oleh generasi muda tetapi ditentang hebat parti Republikan yang berfahaman konservartif."Saya percaya perkahwinan adalah antara wanita dan lelaki,...

One Drop Perfumes jadi penaja utama Miss WHF 2012.

kUCHING-Acara World Harvest Festival(WHF)2012 sempena sambutan Hari Gawai Dayak anjuran Kampung Budaya Sarawak dijangka meriah dengan pelbagai program sepanjang bulan ini. Pada majlis itu,One DropPerfumes, jenama haruman terkenal Malaysia, selaku penaja utama Miss World Harvest pada tahun ini menyerahkan penajaan melalui wakilnya, Pengurus Pengiklanan Utusan Media Sales, Stella Abdullah.Acara itu juga mendapat sokogan Kementerian Pelancogan, Kementerian Pelancongan Sarawak, Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sarawak dan SEDC.Sementara itu, 15 finalis Miss WHF 2012 membuka tirai konsert mini itu dengan memperagakan jean dan kebaya selain pakaian beragan tajaan Keringkam Jingga Bridal.Penonton turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan etnik, persembahan juara Soulstar 2011, penampilan istimewa Ironman WHF 2012 dan muzik Rainforest.

Wanita paling seksi Di Dunia..

London-Penyanyi Britain, Tulisa Contostavlos dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia oleh majalah FHM, lapor akhbar dalam talian Mailonline semalam. Penyanyi itu yang berusia 21 tahun mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya ekoran kemenangan tersebut.Kemenangan itu di umumkan selepas tersebar nya rakaman video di internet yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.Penyanyi dari Britain, Cheryl Cole meduduki tempat kedua sebelum diikuti Rihanna .Tempat keempat menjadi milik model terkenal, Rosie Jones manakala model yang dilahirkan di Athens, Greece tetapi dibesarkan di Killiney, Ireland, Georgia Salpa berada di tangga kelima.Penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Katy Perry meduduki tempat keenam diikuti aktres Megan Fox dan model dari Britain ,Keeley Hazell.Aktres Hollywood, Mila Kunis berada ditangga kesembilan diikuti oleh aktres Britain, Emily Atack.