
PENYANYI dan pelakon, Nurul Huda Abd. Wahab tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh buat kali kedua pada usia 36 tahun dengan seorang duda tanpa anak berasal dari Perancis, Eric Depp,47. Nurul pernah kecewa apabila rumah tangganya bersama komposer dan penyanyi Ajai runtuh pada tahun 2007, malah percintaannya selepas itu hanya melukakan hati wanitanya.Nurul yang akan bernikah pada 6 Jun di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur masih merahsiakan wajah bakal suaminya yang bekerja sebagai perunding dan jurulatih kesihatan sebuah syarikat nutrisi antarabangsa itu.Nurul yang sedang menghitung hari bahagianya secara jujur memberitahu,dia tidak akan menjemput bekas suaminya, Ajai ke majlis pernikahannya. kata Nurul,apa yang telah berlaku biarlah berlalu dan tidak mahu dikenang kembali."Saya tidak jemput Ajai. Saya juga tidak beritahu dia langsung tentang berita pernikahan ini. Ketika dia berkahwin dahulu pun dia tidak menjemput saya. Bukan soal dendam kerana sudah tiada dendam antara kami.Kami masih berhubung kerana anak."Prinsip saya, apa sahaja perkara yang lepas biarlah berlalu dan saya tidak akan menoleh ke belakang kembali.Kehidupan harus diteruskan, masa depan lebih penting,"ujarnya tegas.
Ulasan
Catat Ulasan