
Sering terjadi pada orang2 baik lelaki mahupun wanita atau yang bersifat hetero seks mahupun homoseks yang suka mendekati kanak2 lelaki atau perempuan adalah dengan tujuan untuk mencari hubungan seks dengan mereka.Orang2 demikian adalah abnormal.Akan tetapi mungkinkah ia seorang dari keluarga anda atau seorang yang anda kenali.Jika anda tahu kemungkinan pendekatan itu ada, berhati-hatilah bergaul dengan mereka.Anda boleh menghindari diri dari mereka tetapi jangan sampai dalam keadaan seorang diri bersama dengan orang yang demikian,sebaiknya selalu berhati-hati terhadap orang2 yang mendekati anda orang yang sedemikian berpura-pura bersikap terlalu ramah atau yang ingin menyentuh anda dan cuba memujuk anda apabila berada dalam keadaan seorang diri bersama mereka.
Mungkin,anda selalu membaca ,dalam surat2 khabar tentang anak perempuan atau anak lelaki yang dianiaya oleh orang lain.(Orang2 demikian disebut Molester atau penganiaya).Ini bererti pemuda diperalatkan oleh seseorang itu untuk memuaskan keinginan seks.Penganiaya tersebut mungkin dengan cara menunjukkan kemaluan atau mungkin cara mencuba meraba kemaluan anak lelaki.Orang2 yang melakukan hal2 semacam itu adalah 'orang sakit' dan memerlukan perubatan tetapi mereka jarang sekali mencubanya.
Bila hal2 ini terjadi kepada diri anda maka adalah satu idea yang baik bila anda mengemukakan kepada orang tua kepada orang yang anda percayai.Tidak menjadi soal bagaimana sulit dan sengsaranya anda rasakan.Harus anda menceritakan dengan terus terang apa yang terjadi berilah keterangan dengan jelas dan igat itu bukan kesalahan anda.Bila anda mengatakan tentang tentang itu dengan cara ini,anda akan terindar dari kebingungan oleh hal tersebut.
Mungkin itu cara atau satu idea yang baik untuk anda menceritakan pengalaman anda.Sebab dalam beberapa perkara itu tidak memungkinkan.Ada orang tua atau orang dewasa dan menjadi gugup dan gugup tentang fakta2 yang jelas.Anda akan merasa tenteram bahawa kebanyakkan seks daripada para penganiaya sama sekali jarang dan fakta yang jarang membahayakan anak perempuan adalah tidak dapat dimengertikan oleh orang ramai.
Ulasan
Catat Ulasan