PELABUHAN KLANG 19 Jun - Dua daripada 18 mangsa yang terselamat dalam kejadian bot pancung terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pagi semalam terpaksa berpaut pada tong minyak dan pelampung di laut selama lebih 24 jam sebelum diselamatkan pagi ini.
Masri, 36, dari Medan, Indonesia, berkata, dia menaiki bot bersama 26 yang lain berlepas dari Pantai Morib, Banting, pada pukul 3 pagi untuk pulang menyambut Ramadan di kampung masing-masing.
"Kira-kira pukul 5 pagi (semalam) angin tiba-tiba kuat, enjin mati dan air masuk ke dalam bot menyebabkan bot terbalik. Kami semua gelabah dan ada yang tidak tahu berenang.
"Saya terus capai tong minyak untuk berpaut padanya dan kami berada di lautan sehinggalah kami diselamatkan kira-kira pukul 9 pagi tadi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pelabuhan Klang di sini hari ini.
Masri yang bekerja sebagai penjual ayam di sebuah pasar pagi di Petaling Jaya berkata dia turut mengalami kecederaan di leher kerana terkena minyak petrol.
Beliau yang bekerja di Malaysia sejak 1996 mengakui tinggal di negara ini secara tidak sah kerana permit kerjanya telah lama tamat tempoh. - BERNAMA
Sila click disini untuk kredit ye..trima kasih.

posted from Bloggeroid
Ulasan
Catat Ulasan