Langkau ke kandungan utama

Manusia tertua di Indonesia meninggal dunia pada usia 146 tahun

JAKARTA - Seorang lelaki dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia iaitu Saparman Sodimejo atau lebih dikenali sebagai Mbah Gotho, meninggal dunia pada usia 146 tahun malam tadi.

Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Solo di Jawa Tengah itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit setelah dimasukkan ke Hospital Sragen sejak dua hari lepas.
  Cara Kurus Dalam Seminggu
Media-media dalam talian memetik Timbalan Ketua Polis Seksyen Sambungmacan, Zaeni sebagai berkata, Mbah Gotho sebelum ini sering menerima rawatan di hospital berkenaan dan enggan dimasukkan ke wad.

"Sebelumnya Mbah Gotho telah dirawat di Hospital Sragen namun dia meminta keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya," kata Zaeni.

Berdasarkan kad pengenalannya, Mbah Gotho dilahirkan pada Disember 1870 dan dalam satu wawancara dengan media tempatan, dia masih mampu menceritakan mengenai pembukaan kilang gula di daerahnya pada zaman penjajah Belanda sekitar akhir tahun 1800-an.

Mbah Gotho tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah masih boleh berjalan tanpa bantuan tongkat.

Bagaimanapun lelaki itu pernah berkata, tidak ingin hidup lama kerana kesemua empat isteri dan tiga anaknya telah meninggal dunia.

Seorang daripada cucunya Suwarni berkata, Mbah Gotho tidak pernah mewasiatkan apa-apa kecuali ingin meninggal dunia di rumah.

Mbah Gotho meninggalkan 12 cucu, 17 cicit dan dua piut. - Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Gigolo Jana Pendapatan RM4.000 Sebulan.

KUALA LUMPUR: Dia hanya mahu menjadi pengiring sosial sambilan, tetapi kursus yang diikutinya mewajibkannya berbogel di depan kamera untuk hidangan mata pelanggan wanita yang kehausan belaian termasuk isteri ahli perniagaan dan VIP. Apabila berat hati untuk berbuat demikian, lelaki yang mahu dikenali sebagai David dimaklumkan satu daripada syarat ketika berkursus dalam ‘sekolah gigolo’ itu perlu berbogel. Difahamkan, sindiket pelacuran tempatan dikesan mewujudkan sekolah gigolo itu khusus untuk melatih pemuda tampan yang ingin mencari wang mudah melalui pekerjaan sebagai pelacur sambilan lelaki untuk melayani wanita mewah tapi kesunyian. Menyedari gambar bogelnya mungkin diedarkan di Internet, apatah lagi boleh mengaibkannya dan keluarga, David segera menarik diri daripada menyertai sekolah gigolo terbabit. David, 24, ketika mendedahkan kewujudan sekolah gigolo itu kepada Harian Metro, berkata dia terpikat dengan iklan jawatan kosong yang menawarkan kerjaya pengiring s...

15 Teknik Goda Isteri...

Honey! Baby! Darling                                                                                                                              Amboiii...kalau sebelum kahwin boleh panggil isteri dengan panggillan yang! Ling! dan seangkatannya,takkan setelah berumah tangga tak boleh pula.Panggillah isteri anda dengan panggilan paling manja dan bermakna,anda pasti terkeju...

Khasiat Air Liur Basi.

Assalammualaikom.  alhamdulillah..mamu harap kalian semua sihat selalu..tajuk untuk posting kali ni agak memualkan..tapi disebalik kemualan itu..ada khasiatnya..sebelum tu mamu harap anda semua faham bahasa yang mamu gunakan di blog ini..sesungguhnya mamu memang x pandai berbahasa kias2 ni.   Akan tetapi mamu pun nak jugak menulis...ini semua berdasakan pengalaman mamu sendiri dan juga kawan2 mamu. mamu hanya sekadar berkongsi..kalau ada salah dan silap harap di maafi ya.  ok..petua yg selalu mamu amalkan dengan mengunakan air liur ni...yang pertama..selepas kita bangun dari tidur..usah lah kita basuh muka atau pun berkumur terlebih dahulu...ambil segelas air suam..atau boleh di labelkan suam2 kuku lah..baca selawat keatas nabi sebanyak 3x. then ceh wah..minum air tu sambil berkumur selama 10 second..   dan telanlah air itu..insya allah..ianya penawar bagi pelbagai penyakit..untuk pengetahuan anda semua..alhamdulillah...selama mamu..amalkan..badan tak rasa demam...