Langkau ke kandungan utama

Dato Sharifah Aini Meninggal.


KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Gigolo Jana Pendapatan RM4.000 Sebulan.

KUALA LUMPUR: Dia hanya mahu menjadi pengiring sosial sambilan, tetapi kursus yang diikutinya mewajibkannya berbogel di depan kamera untuk hidangan mata pelanggan wanita yang kehausan belaian termasuk isteri ahli perniagaan dan VIP. Apabila berat hati untuk berbuat demikian, lelaki yang mahu dikenali sebagai David dimaklumkan satu daripada syarat ketika berkursus dalam ‘sekolah gigolo’ itu perlu berbogel. Difahamkan, sindiket pelacuran tempatan dikesan mewujudkan sekolah gigolo itu khusus untuk melatih pemuda tampan yang ingin mencari wang mudah melalui pekerjaan sebagai pelacur sambilan lelaki untuk melayani wanita mewah tapi kesunyian. Menyedari gambar bogelnya mungkin diedarkan di Internet, apatah lagi boleh mengaibkannya dan keluarga, David segera menarik diri daripada menyertai sekolah gigolo terbabit. David, 24, ketika mendedahkan kewujudan sekolah gigolo itu kepada Harian Metro, berkata dia terpikat dengan iklan jawatan kosong yang menawarkan kerjaya pengiring s...

15 Teknik Goda Isteri...

Honey! Baby! Darling                                                                                                                              Amboiii...kalau sebelum kahwin boleh panggil isteri dengan panggillan yang! Ling! dan seangkatannya,takkan setelah berumah tangga tak boleh pula.Panggillah isteri anda dengan panggilan paling manja dan bermakna,anda pasti terkeju...

ASTRO VS NJOI.

ASSALAMMUALAIKOM..  Ok sebelom tu tentu korang dengar berita tentang ASTRO..yg macam2 jenis penipuan..disini mamu ingin mencelah sedikit tentang ASTRO..sebenarnya mamu pun baru je mengenali ASTRO ni..itu pon tentang NJOI si adiknye tu.  sebelom ni heboh kat tempat keja mamu cerita tentang ASTRO..bukan ape tentang rancangan2 menarik kat ASTRO la kan..ape lagi melopong la mulut mamu..almaklom la kita blom ada ASTRO lagi..terpikir jugak nak langan..tapi dok dengar gosip tentang ASTRO sana sini..ada PRO & CONT..Lagi pon mamu bukannya selalu dok hadap TV..Hari sabtu ahad je yang free..tu pon kalau sempat..manataknya..lebih baik mamu membuta(tidur daa)..lagi bagus..buat rugi je langan ASTRO.   Lagi satu mamu ni minat nonton live show..ada pulok member cerita tentang satu rancangan yang tengah HOT..last year iaitu GEGAR VAGANZA...wah bertamlah keinginan mamu untuk melangan ASTRO..Tapi mamu ni jenis penyabar orang nya...dok kata dalam hati ..nanti2 la dulu..emm tu dia samp...