Langkau ke kandungan utama

Perlu Slip Gaji Tiga Bulan Untuk Ke Butik Fareeda.

SUMBER: MSTAR





KUALA LUMPUR, 3 JULAI - Para pelanggan yang ingin membeli tudung Fareeda, mereka perlu mengambil nombor dan beratur sehinggalahh tiba angka giliran mereka, barulah pelanggan tersebut boleh membeli tudung yang menjadi pilihan hati.

Situasi itu memang biasa kita dengar mengenai sistem penjualan yang diamalkan oleh jenama tudung popular itu.

Namun baru-baru ini timbul satu dakwaan iaitu kepada pelanggan yang ingin membeli tudung Fareeda, mereka harus menunjukkan dulu slip gaji selama tiga bulan.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan-burukkan nama dan menabur fitnah terhadap perniagaan yang dijalankan oleh keluarga mertuanya itu.

Rahsia Penggangur Jana RM500 Sehari Click Disini!

Bercakap kepada sebuah portal berita, Fizo berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.

"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya.



Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.

Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.
posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Gigolo Jana Pendapatan RM4.000 Sebulan.

KUALA LUMPUR: Dia hanya mahu menjadi pengiring sosial sambilan, tetapi kursus yang diikutinya mewajibkannya berbogel di depan kamera untuk hidangan mata pelanggan wanita yang kehausan belaian termasuk isteri ahli perniagaan dan VIP. Apabila berat hati untuk berbuat demikian, lelaki yang mahu dikenali sebagai David dimaklumkan satu daripada syarat ketika berkursus dalam ‘sekolah gigolo’ itu perlu berbogel. Difahamkan, sindiket pelacuran tempatan dikesan mewujudkan sekolah gigolo itu khusus untuk melatih pemuda tampan yang ingin mencari wang mudah melalui pekerjaan sebagai pelacur sambilan lelaki untuk melayani wanita mewah tapi kesunyian. Menyedari gambar bogelnya mungkin diedarkan di Internet, apatah lagi boleh mengaibkannya dan keluarga, David segera menarik diri daripada menyertai sekolah gigolo terbabit. David, 24, ketika mendedahkan kewujudan sekolah gigolo itu kepada Harian Metro, berkata dia terpikat dengan iklan jawatan kosong yang menawarkan kerjaya pengiring s...

15 Teknik Goda Isteri...

Honey! Baby! Darling                                                                                                                              Amboiii...kalau sebelum kahwin boleh panggil isteri dengan panggillan yang! Ling! dan seangkatannya,takkan setelah berumah tangga tak boleh pula.Panggillah isteri anda dengan panggilan paling manja dan bermakna,anda pasti terkeju...

Khasiat Air Liur Basi.

Assalammualaikom.  alhamdulillah..mamu harap kalian semua sihat selalu..tajuk untuk posting kali ni agak memualkan..tapi disebalik kemualan itu..ada khasiatnya..sebelum tu mamu harap anda semua faham bahasa yang mamu gunakan di blog ini..sesungguhnya mamu memang x pandai berbahasa kias2 ni.   Akan tetapi mamu pun nak jugak menulis...ini semua berdasakan pengalaman mamu sendiri dan juga kawan2 mamu. mamu hanya sekadar berkongsi..kalau ada salah dan silap harap di maafi ya.  ok..petua yg selalu mamu amalkan dengan mengunakan air liur ni...yang pertama..selepas kita bangun dari tidur..usah lah kita basuh muka atau pun berkumur terlebih dahulu...ambil segelas air suam..atau boleh di labelkan suam2 kuku lah..baca selawat keatas nabi sebanyak 3x. then ceh wah..minum air tu sambil berkumur selama 10 second..   dan telanlah air itu..insya allah..ianya penawar bagi pelbagai penyakit..untuk pengetahuan anda semua..alhamdulillah...selama mamu..amalkan..badan tak rasa demam...